Thanks For Visit My Blog
Hikayat Burung Cenderawasih
Sahibul hikayat telah
diriwayatkan dalam Kitab Tajul
Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal
usulnya bermula dari kayangan.
Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga
dan selalu berdamping dengan para wali.
Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya.
Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang
sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang
melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung
cenderawasih.
Amatlah jarang sekali
orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari
bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh
kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat
istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang
ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.
Syahdan dinyatakan lagi dalam
beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya
akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati
sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung
cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia
dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan
bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam
pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam
keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Walau
bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk
menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu
pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk
nusantara dengan panggilan Burung
Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil
sebagai Burung Phoenix yang
banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan
penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.
Secara faktanya, asal
usul burung ini gagal ditemui atau didapathingga sekarang. Tiada bukti yang
menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu
diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua
sekarang), Indonesia saja.
Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam
waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah
satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin
berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah
beberapa generasi yang mewarisi burung ini.
Telah dinyatakan dalam
kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan.
Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat
yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang
memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’.
Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu
burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris.
Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu
burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang
memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung
cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri,
ajaib, tuah.
ALWAYS REMEMBER :http://aakkuucintaindonesia.blogspot.com
No comments:
Post a Comment